PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT IKBN PERETAK – RAMADAN BULAN AL-QURAN

    PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT IKBN PERETAK – RAMADAN BULAN AL-QURAN

     
    IKBN Peretak, 11 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran Peringkat IKBN Peretak yang berlangsung di Surau Nur Salam, IKBN Peretak bersempena pengisian Program Ihya Ramadan bagi tahun ini.

    Penganjuran program ini bertujuan memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga IKBN Peretak di samping menggalakkan pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan. Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan nilai spiritual, membentuk sahsiah diri yang lebih baik serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan warga kerja institut.

    Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri binti Md Shariff, bersama barisan pengurusan, pegawai dan kakitangan serta pelajar IKBN Peretak.

    Pihak urusetia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Khatam Al-Quran ini serta keseluruhan pengisian Program Ihya Ramadan IKBN Peretak 1447H/2026M. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan dalam kalangan warga institut.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.