TAKLIMAT DAN LAWATAN SMPKV MERBOK, KEDAH KE IKBN PERETAK

    TAKLIMAT DAN LAWATAN SMPKV MERBOK, KEDAH KE IKBN PERETAK

    IKBN Peretak, 14 Oktober 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kunjungan daripada seramai 14 orang pelajar dan 6 orang guru dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah dalam satu sesi taklimat dan lawatan sambil belajar yang berlangsung pada jam 2.00 petang.

    Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dan program latihan kemahiran yang ditawarkan di IKBN Peretak. Rombongan disambut oleh Puan Siti Nurulain binti Md Sobri, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, yang turut menyampaikan taklimat pengenalan institusi dan peluang latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
    Sepanjang lawatan, para pelajar dan guru berpeluang melawat bengkel latihan, kemudahan pelajar serta menyertai aktiviti interaktif “Mari Mencuba” bagi memberi pengalaman langsung suasana pembelajaran di IKBN.

    Program diakhiri dengan ucapan aluan dan sesi bergambar rasmi, menandakan jalinan hubungan mesra antara IKBN Peretak dan SMPKV Merbok, Kedah dalam usaha memperkukuh peranan pendidikan dan kemahiran untuk generasi muda.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.