PROGRAM RAKAN MUDA @SANTUNI MADANI KOMUNITI MAHIR SEMARAKKAN KREATIVITI BELIA

    PROGRAM RAKAN MUDA @SANTUNI MADANI KOMUNITI MAHIR SEMARAKKAN KREATIVITI BELIA

    KUALA KUBU BHARU, 13 Disember 2025 – Program Rakan Muda @Santuni Madani Komuniti Mahir telah berlangsung meriah di Kampung Orang Asli Buluh Telor, Kuala Kubu Bharu pada hari Sabtu. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Hulu Selangor dengan kerjasama Kelab Belia Jatidiri Taman Bunga Raya, bertujuan memperkasa belia dan komuniti melalui aktiviti kemahiran dan kreativiti.

    Acara bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang, dengan pengisian utama antaranya Rakan Muda Mahir: Gubahan Bunga Kertas/Plastik serta pertandingan bersama IKBN Peretak. Seorang pengajar Pn. Nur Syuhada dan 4 orang pelajar dari jurusan JPW turut berperanan sebagai pengajar dalam sesi gubahan, memberi tunjuk ajar kepada peserta.

    Seramai 15 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini, menunjukkan minat dan komitmen terhadap aktiviti kemahiran kreatif yang dijalankan.

    Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Saripah binti Bakar dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor, sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah menunjukkan usaha dan bakat masing-masing.

    Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan komuniti, malah turut memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mengasah kreativiti serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat.

    Disediakan oleh,
    Pn Nur Syuhada

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.