SESI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS IKBN PERETAK SESI 2/2026

    SESI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS IKBN PERETAK SESI 2/2026

     
    4 September 2026 | IKBN Peretak - Sesi temuduga pengambilan pelajar Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas, Lavanderia (Perkhidmatan Dobi) IKBN Peretak Sesi 2/2026 telah dilaksanakan pada 4 September 2026. Sesi temuduga ini telah dinilai oleh panel penilaian berpengalaman yang terdiri daripada Puan Harmayah binti Argadan dan Puan Azaenn binti Mohd Aziz.

    Program latihan kemahiran ini memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran serta pengalaman dalam persekitaran latihan yang inklusif. Diharapkan program ini dapat menjadi platform dalam memperkasa potensi, kemahiran dan kebolehan golongan belia autisme serta berkeperluan khas ke arah kehidupan yang lebih berdikari.

    Pihak IKBN Peretak mengucapkan jutaan terima kasih, kepada ibu bapa dan calon pelajar yang sudi hadir serta meluangkan masa bagi menghadiri sesi temuduga ini. Semoga usaha dan komitmen yang diberikan menjadi langkah awal dalam membuka peluang kepada calon untuk mengembangkan potensi, kemahiran dan kebolehan diri melalui program latihan kemahiran yang ditawarkan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.