Kelab Golf Danau - Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah melaksanakan Kejohanan Golf dengan melibatkan empat belas (14) pelajar Jurusan Operasi Golf dan Sukan.
Pengurusan kejohanan golf ini merupakan salah satu modul di dalam pembelajaran pelajar jurusan Operasi Golf dan Sukan. Pelajar diminta untuk menyediakan dan menguruskan kejohanan berskala amatur sebagai salah satu bahan pemarkahan amali mengikut profil peruntukan yang ditetapkan.
Seramai lima (5) pelajar Jurusan Fotografi IKSN turut terlibat dalam kejohanan ini. Ini merupakan pertama kali pelajar jurusan fotografi terlibat dengan ‘task’ dalam sesuatu kejohanan sukan. Penglibatan ini memberikan pengalaman yang sangat berguna kepada pelajar, khususnya dalam mengasah kemahiran berhubung teknik mengambil gambar di padang golf.
Kejohanan ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu, Kategori Jemputan serta Kategori Medal A, B dan C. Seramai seratus tiga puluh dua (132) peserta mengambil bahagian dalam kejohanan golf ini. Turut bersama menyampaikan hadiah ialah YBrs. Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan (JBSN), YBrs. Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, YBrs. Ts Azmi bin Pelah, Pengarah Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), dan Encik Muhammad Amieroul Eirffan bin Mohamad, wakil pejabat Ketua Setiausaha KBS,
Sekalung tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohahan ini.
#KBS #ILKBS #AKBG #MalaysiaMadani #TvetMalaysia #RakanMahir #MadaniBekerja #RancakMadani #ILKBSTerunggul
