Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026

    Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026

    SEPANG - Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Selangor 2026 telah diadakan di Pusat Aktiviti Banghuris Homestay, Sepang.

    Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan.

    IKSN telah menghantar seramai 37 orang pelajar untuk menyertai program ini. Puan Zuraidah binti Yusoff, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) turut hadir mewakili Pengarah IKSN.

    Antara pengisian program ialah pameran interaktif, aktiviti kesukarelawanan, sukan komuniti serta sesi Dialog Malaysia bersama YB Menteri Belia dan Sukan.

    Pelajar turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pihak kementerian sekali gus meningkatkan keyakinan diri.

    Secara keseluruhannya, program ini memberi impak yang positif kepada pelajar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.