IKSN Perkasa Kemahiran Pelajar Melalui Tanamera Track Day

    IKSN Perkasa Kemahiran Pelajar Melalui Tanamera Track Day

    SUNGAI BULOH - Program Tanamera Track Day dan Rally Sprint Platform berjaya memberi pendedahan praktikal kepada pelajar motorsports Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) dalam suasana kerja sebenar perlumbaan.

    Acara tahunan anjuran Saladin Rallying yang diketuai Encik Saladin bin Dato’ Mazlan dengan kerjasama JBSN dan KBS itu berlangsung meriah pada 25 hingga 26 April.

    Seramai 11 pelajar krew perlumbaan motorsports IKSN terlibat secara langsung bersama tenaga pengajar dan pakar bidang dalam mengendalikan jentera serta operasi teknikal di litar.

    Antara jentera yang terlibat termasuk Daihatsu Charade De Tomaso, Mitsubishi Lancer Evolution 5, Subaru Impreza serta Proton Satria Neo yang menguji kemahiran peserta.

    Program ini bertujuan memenuhi keperluan latihan praktikal serta competency unit dalam silibus motorsports melalui pengalaman kerja sebenar di lapangan perlumbaan.

    Selain itu, latihan ini membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar melalui konsep job matching dengan keperluan industri motorsports yang semakin berkembang.

    Pihak IKSN menyifatkan program ini sebagai platform penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir serta menyumbang kepada pembangunan industri sukan negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.