- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 4
ALUMNI IKSN DI ‘KITA BINCANG PODCAST @ SUARA BELIA 2026’
PUTRAJAYA, 14 Ogos 2026 – Kita Bincang Podcast @ Suara Belia 2026 Episod 2 telah berlangsung dengan mengetengahkan topik “ILKBS: TVET Bukan Lagi Pilihan Kedua” sebagai usaha memperluas kefahaman masyarakat mengenai pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Episod kali ini menampilkan saudara Mujeeb Rahman Mustafa, alumni Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) dalam bidang Terapi Sukan, yang berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai pendidikan TVET serta peranan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berdaya saing.
Saudara Mujeeb Rahman yang juga merupakan bekas Juru Urut Sukan di Institut Sukan Negara (ISN) & kini pemilik syarikat berasaskan Terapi Sukan, Recuperer Sports Rehab Centre, turut memberi gambaran mengenai peluang yang mampu diterokai oleh graduan TVET serta bagaimana latihan kemahiran boleh menjadi asas dalam membina kerjaya dan masa depan.
Perkongsian tersebut turut membuka ruang kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk mengenali dengan lebih dekat peluang pendidikan, latihan kemahiran dan prospek kerjaya yang ditawarkan menerusi ILKBS.
Podcast berkenaan turut mengetengahkan pencapaian alumni ILKBS yang berjaya membina kerjaya dalam pelbagai bidang termasuk mencipta kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Program yang bersiaran pada jam 9.00 malam itu bukan sekadar platform perkongsian santai, malah menjadi medium menyampaikan inspirasi, ilmu dan motivasi ke arah pemerkasaan pembangunan belia Malaysia.
Inisiatif seperti ini diharap dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang TVET serta memperkukuh keyakinan bahawa pendidikan kemahiran mampu menjadi laluan utama menuju kerjaya profesional dan masa depan yang lebih cerah.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
