Kursus Imej dan Keterampilan Tingkat Profesionalisme Pegawai IKSN

    Kursus Imej dan Keterampilan Tingkat Profesionalisme Pegawai IKSN

    Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menganjurkan Kursus Imej dan Keterampilan yang diadakan di Bilik Seminar IKSN hari ini, melibatkan penyertaan semua pegawai institut tersebut.

    Kursus sehari itu dikendalikan oleh Encik Hafiz Mustapha, Ketua Pegawai Eksekutif CuteCarry Sdn. Bhd., yang berpengalaman luas dalam bidang penjenamaan diri, etiket korporat dan komunikasi profesional.

    Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme, keyakinan diri serta imej korporat dalam kalangan pegawai IKSN agar seiring dengan peranan institut sebagai pusat latihan kemahiran sukan bertaraf nasional.

    Kursus seumpama ini diharap dapat memperkukuh budaya kerja cemerlang dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di IKSN.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #IKSN 
    #KBS
    #ILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMadani

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.