
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-20 Tahun 2025 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor.
Seramai 3,240 graduan ILKBS menerima pengiktirafan dalam pelbagai peringkat iaitu Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil Lanjutan dan Sijil.
Dalam majlis tersebut, YB Menteri menyampaikan tiga (3) anugerah utama iaitu Anugerah Graduan Terbaik ILKBS 2025, Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan ILKBS 2025 & Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan 2025.
Pelajar Jurusan Teknologi Hiasan Dalaman Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Muhammad Amirul Hafizy bin Md Ishak menjadi penerima bagi tahun ini.
YB Menteri juga turut menyampaikan Sijil Tamat Latihan Program Inklusiviti Belia Autisme ILKBS yang mana penerima dari IKSN adalah Siti Nur Haafizhah binti Hamidon, Muhammad Aidil Isyraf bin Noor Akhmal Hisham & Leong Ja Yi.
Hadir sama YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan serta YBrs. Puan Dalila Sharingat, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah IKSN serta pengarah-pengarah ILKBS yang lain.
Syabas dan tahniah kepada semua graduan belia TVET KBS.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KonvokesyenILKBS2025
#ILKBS
#TeamKBS
#TVET
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI