IKSN Tinjau Strategi Penyelenggaraan Padang Bersama Turf Consultancy

    IKSN Tinjau Strategi Penyelenggaraan Padang Bersama Turf Consultancy

    KUALA KUBU BAHRU - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) diketuai Pengarah, Ts. Mohd Azmi bin Pelah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Syarikat Turf Consultancy Sdn. Bhd di Stadium Mini Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi membincangkan strategi penyelenggaraan rumput padang sukan.

    Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada pemerhatian keadaan permukaan padang, selain menilai kaedah penyelenggaraan yang digunakan bagi memastikan kualiti padang sentiasa berada pada tahap optimum.

    Turut dibincangkan ialah penggunaan jentera pemotong rumput yang sesuai, di samping aspek keselamatan serta prosedur operasi kerja semasa aktiviti penyelenggaraan dijalankan di lapangan.

    Dalam masa sama, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai cadangan pembangunan modul pembelajaran serta lokasi bersesuaian bagi pelaksanaan latihan TVET sukan berkaitan penyelenggaraan rumput padang.

    Inisiatif tersebut dilihat mampu memperkukuh kerjasama industri dan institusi latihan, sekali gus meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang pengurusan serta penyelenggaraan fasiliti sukan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.