Buku Pintar TVET - Era Baharu Pengajaran

    Buku Pintar TVET - Era Baharu Pengajaran

    SHAH ALAM - Buku PINTAR TVET dilancarkan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) hari ini sebagai pendekatan latihan teknikal negara melalui modul pengajaran generasi baharu.

    Pelancaran itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Operasi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Encik Sutekno bin Ahmad Belon yang menegaskan TVET perlu bergerak pantas sejajar perubahan teknologi global masa kini.

    Wakil Institut Kahiran Sukan Negara (IKSN) yang mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Ida Shahiza binti Saharom pula tampil sebagai pembentang modul yang memacu pembaharuan pedagogi TVET negara.

    Menurut beliau, pengenalan buku itu memperkasa tenaga pengajar melalui integrasi pembelajaran digital, teknologi AR dan VR serta kaedah gamifikasi yang semakin dominan dalam industri global.

    Seramai 66 jurulatih terlibat membangunkan kandungan modul tersebut bagi memastikan kaedah pengajaran lebih praktikal serta menepati jangkaan industri berteknologi tinggi.

    Malaysia turut mengadaptasi enam metodologi pengajaran Finland meliputi kreativiti, pembelajaran fenomena, pengalaman pelajar, pembelajaran kendiri, analisis reflektif dan kepimpinan ko-kreatif.

    Kerjasama bersama EduCluster Finland dan Universiti Kebangsaan Malaysia pula mengukuhkan pembangunan modul melalui sokongan kepakaran teknikal serta penyelidikan berimpak tinggi.

    Peluncuran PINTAR TVET hari ini menjadi tanda bermulanya era pengajaran baharu yang lebih inovatif sekali gus mencetus inspirasi kepada jurulatih TVET seluruh negara.

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.