- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 68
Promosi dan Kunjungan Hormat Motorsport IKSN Ke Sekolah
Pada 17 hingga 19 November 2025 telah berlangsung Program Promosi dan Kunjungan Hormat Jabatan Teknologi Sukan Permotoran IKSN ke SMK Dusun Nanding, SMK Bandar Baru Batang Kali, SMK Subang dan SMK Dato, Ahmad Razali.
Program ini bertujuan untuk promosi dan pengambilan pelajar bagi Program Juruteknik Sukan Bermotor (4Roda) SKM Tahap 3 yang akan bermula pada sesi 1/2026.
Program ini telah diusahakan bersama Unit Promosi HEP, Unit Pengambilan HEP dan Pengajar Jabatan Teknologi Sukan Permotoran IKSN iaitu Encik Mohd Anwar Siddiq Bin Abd Jalil, Encik Mohammad Nur Aizard Bin Mohd Azlan, Puan Norjihan Binti Ngadiman, Ts. Muzri Affandi Bin Jamaluddin, Encik Norhisam Bin Kamarudzaman,Tc Mohd Shazly Farith Bin Mohd Ilias, Encik Hashim Bin Ibrahim dan Encik Azaq Bin Abdul Hamid.
Prospek SKM Tahap 2 Mekanik Kenderaan Ringan yang merupakan pelajar sekolah bagi aliran Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) telah dikenalpasti lebih daripada 70 orang pelajar dari lepasan sekolah berkenaan layak untuk menyambung pelajaran di IKSN.
#ILKBS
#TeamKBS
#TeknologiSukanPermotoran
#IKSN
#ProfessionalTerunggul
#TVETILKBS
#MalaysiaMADANI
