- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 31
Program Chit Chat Rakan Muda Madani x Backbenchers Club (BBC) Parlimen
KUALA LUMPUR - Seramai 4 orang pelajar IKSN telah menyertai program Chit Chat Rakan Muda Madani yang berlangsung di Auditorium Parlimen. Program anjuran IMPACT Integrated ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan Ahli Parlimen serta mengikuti sesi Kuasa Orang Muda (KOM) mengenai hak sivil dan literasi demokrasi.
Forum ini turut dihadiri oleh YB Syerieena binti Abdul Rashid, YB Yuneswaran A/L Ramaraj dan YB Young Syefura binti Othman bersama tetamu kehormat YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Program ini memberi pengalaman bermakna kepada pelajar dalam memahami proses demokrasi serta peranan belia dalam pembangunan negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
