Pasir Gudang, 17 April 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kementerian Belia dan Sukan, melakar dua kejayaan membanggakan di pentas inovasi antarabangsa apabila projek BIM Auto-Checking e-Profiling System (BIMCheck Pro™) meraih Anugerah Emas dalam Category B2 (Social Sciences – Professional) sekaligus dinobatkan sebagai Anugerah Projek Keseluruhan Terbaik pada 3rd International Tinker Innovation and Entrepreneurship Challenge 2026 (i-TIEC 2026).
Pengiktirafan tersebut diumumkan sempena Majlis Penutup dan Pengumuman Pemenang i-TIEC 2026 yang berlangsung secara maya pada 17 April 2026 jam 10.00 pagi.
i-TIEC 2026 merupakan penganjuran kali ketiga, yang membawa tema “Empowering Innovation and Entrepreneurship for a Sustainability Future”, dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.
Projek B-SS238: BIMCheck Pro™ yang diterajui oleh Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi tersenarai bersama beberapa penyertaan lain dalam bidang sains sosial profesional dan mengukuhkan kedudukannya sebagai antara projek terbaik dalam kategori berkenaan.
Kejayaan BIMCheck Pro™ menjadi lebih bermakna apabila pengiktirafan ini hadir bersama wang tunai RM250, sijil anugerah dan plak penghargaan.
Pengiktirafan terhadap bahan pembentangan projek turut menunjukkan elemen sokongan yang signifikan, termasuk paparan notifikasi hak cipta MyIPO serta ringkasan kejayaan-kejayaan yang pernah diraih, mencerminkan kekuatan projek ini dari sudut inovasi, dokumentasi dan pembangunan berterusan.
Kejayaan berganda ini juga membuktikan bahawa ILKBS berupaya menerajui inovasi berimpak tinggi dalam bidang sains sosial dan pendigitalan dan memperkukuh komitmen IKSN dalam memacu budaya inovasi di peringkat yang lebih luas.
🎥 Closing Ceremony:
[https://youtu.be/i3Y0_EB9NrI](https://youtu.be/i3Y0_EB9NrI)
📎 Keputusan Rasmi:
[https://bit.ly/itiec2026results](https://bit.ly/itiec2026results)
🌐 Laman Web i-TIEC:
[https://tiec-uitmpg.wixsite.com/tiec](https://tiec-uitmpg.wixsite.com/tiec)
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#IKSN
#KBS
#ILKBS
#TVETMalaysia
#MalaysiaMadani
