- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 14
Celebrating The Impact Of Young Voices In Shaping Society IYF
KUALA LUMPUR - Seramai 10 orang pelajar dari IKSN telah menyertai IYF@KBS Forum di Dewan Kampo, International Youth Centre (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada belia mengenai peranan dan persediaan menghadapi cabaran global serta penglibatan belia dalam agenda antarabangsa. Antara pengisian utama forum ini ialah sesi perkongsian dan dua sesi panel bertajuk :
1. “Beyond Borders: What Malaysian Youth Must Prepare For”
2. “Youth at Centre: Delivering the UN Pact for the Future”
Panel melibatkan wakil agensi dan akademik. Penyertaan pelajar IKSN diharap dapat meningkatkan kefahaman, keyakinan, dan kesedaran belia terhadap isu global serta menggalakkan penglibatan aktif dalam pembangunan belia di peringkat nasional dan antarabangsa.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
