Lawatan Verifikasi Pentauliahan Jentera Sukan Bermotor Empat Roda IKSN

    Lawatan Verifikasi Pentauliahan Jentera Sukan Bermotor Empat Roda IKSN

    KUALA LANGAT - Institut Kemahiran Sukan Negara menerima Lawatan Verifikasi Pentauliahan Program Persediaan dan Penyelenggaraan Jentera Sukan Bermotor Empat Roda bagi memastikan pematuhan standard JPK.

    Lawatan tersebut disertai Puan Suziyana binti Shaidin dari Bahagian Pentauliahan JPK bersama dua panel industri dilantik iaitu Encik Mohamad Hisham bin Hashim dan Encik Mohd Fariq Izmeer bin Mat Sharie.

    Sepanjang sesi, penilaian merangkumi bahan pembelajaran, peralatan dan kemudahan latihan dilaksanakan bagi mengesahkan kecukupan serta pematuhan keperluan standard ditetapkan JPK.

    Selain itu, pengesahan kriteria personel pentauliahan turut dibuat melibatkan Pegawai Pengesahan Dalaman dan Pegawai Penilai bagi menjamin keabsahan pelaksanaan program.

    Sesi bermula dengan mesyuarat pembukaan melibatkan pengurusan IKSN, ketua jabatan, pegawai terlibat serta pengajar Jabatan Teknologi Sukan Permotoran.

    Lawatan ini diurusetiakan oleh Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran serta kejayaan proses verifikasi pentauliahan.

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.