Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026

    Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026

    Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) - Pilihan raya bagi memilih barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 telah berjaya diadakan hari ini.

    Proses pengundian bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi dan berlangsung dengan lancar serta teratur di Dewan Ibnu Sina, IKSN, melibatkan 27 orang calon yang bertanding bagi mengisi jawatan utama dalam barisan kepimpinan pelajar. Pilihan raya ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada pelajar memilih wakil yang akan menyuarakan aspirasi, kebajikan dan kepentingan pelajar sepanjang sesi 2025/2026.

    Pelaksanaan pilihan raya ini bukan sahaja bertujuan melantik kepimpinan baharu, malah menjadi medium penting dalam memupuk nilai demokrasi, tanggungjawab dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.

    Sepanjang proses pengundian, suasana berjalan dengan aman dan terkawal hasil kerjasama Jawatankuasa Pilihan Raya serta sokongan pihak pengurusan institut. Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan selepas proses pengiraan undi selesai sepenuhnya.

    Diharapkan barisan kepimpinan MPP yang bakal dipilih mampu menjalankan amanah dengan penuh integriti serta menjadi penghubung yang berkesan antara pihak pelajar dan pengurusan institut demi kecemerlangan bersama.

    #TeamIKSN
    #TVETILKBS
    #MalaysiaMadani
    #ProfesionalTerunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.