Ceramah Kesihatan IKSN Tingkat Kesedaran Pelajar

    Ceramah Kesihatan IKSN Tingkat Kesedaran Pelajar

    BANTING - Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat mengadakan ceramah interaktif di Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) bagi meningkatkan kesedaran pelajar mengenai isu kesihatan dan sosial semasa.

    Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu memberi fokus kepada bahaya rokok dan vape serta Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

    Selain itu, ceramah turut menyentuh risiko pergaulan bebas dan seks bebas termasuk implikasi kesihatan, emosi serta sosial dalam kalangan remaja.

    Pengisian ini bertujuan memberi kefahaman tentang peruntukan undang-undang selain membentuk jati diri dan nilai tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

    Sambutan menggalakkan daripada pelajar dan kakitangan membuktikan program ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat.

    Pihak IKSN menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah proaktif melahirkan generasi berilmu, berdisiplin serta mampu membuat keputusan bijak.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.