- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 16
Program Jom Baca 10 Minit IKSN Pupuk Budaya Ilmu Warga Kampus
KUALA LANGAT - Program Jom Baca Bersama 10 Minit anjuran Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) berjaya dilaksanakan melibatkan pelajar, pengajar dan pegawai.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi itu diadakan di Perpustakaan IKSN Kuala Langat bagi menyokong agenda pembudayaan ilmu.
Pelaksanaan secara berperingkat membolehkan semua warga IKSN mengambil bahagian meskipun kekangan kehadiran serentak dalam satu masa.
Seramai 78 peserta terlibat dalam program tersebut terdiri daripada 71 pelajar dan tujuh pegawai yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap aktiviti membaca.
Sepanjang tempoh 10 minit ditetapkan, peserta bebas memilih bahan bacaan seperti buku, artikel dan bahan ilmiah lain mengikut minat masing-masing.
Penganjuran program ini bertujuan menyemai minat membaca selain menyokong inisiatif nasional dalam melahirkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan.
Program berjalan lancar hasil kerjasama erat semua pihak terlibat sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga IKSN.
Inisiatif seperti ini diharap mampu memperkukuh budaya membaca secara berterusan selaras dengan aspirasi “Membaca Membina Bangsa” di peringkat institusi.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
