- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 20
CINTAI SOLAT PERKUKUH SAHSIAH PELAJAR BAHARU IKSN
BANTING, 2 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menganjurkan Program Citra Ibadah – Cintai Solat Tahun 2026 selama tiga hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 di Surau Al-Imam Asy-Syafie, melibatkan 101 orang pelajar baharu Sesi 2/2026.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, yang menegaskan bahawa kecemerlangan pelajar bukan sahaja bergantung kepada pencapaian akademik dan kemahiran, malah turut diperkukuh melalui sahsiah, disiplin serta penghayatan ibadah solat.
Program kendalian Al-Fadhil Ust. Muhammad Aiman Asyraf bin Aswari ini memberi penekanan kepada teori dan amali berkaitan wuduk, bacaan, rukun serta pergerakan solat mengikut tuntutan syarak. Peserta turut diberi peluang mempraktikkan setiap amalan secara langsung di bawah bimbingan penceramah.
Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan graduan IKSN yang bukan sahaja berkemahiran dalam bidang TVET, malah memiliki jati diri, akhlak mulia dan keperibadian unggul berteraskan nilai-nilai Islam.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
