- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 21
IKSN MERIAHKAN MERDEKA RUN SEMPENA LARIAN OBOR SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026
BATU LAUT, 2 Ogos 2026 - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menyertai Merdeka Run sempena Larian Obor SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung dengan penuh semangat di Pantai Batu Laut, Banting.
Penyertaan warga IKSN turut disertai oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran temasya sukan SUKMA yang bakal berlangsung di Negeri Selangor.
Selain itu, Jabatan Terapi Sukan IKSN turut membuka booth pameran dan menyediakan perkhidmatan urutan sukan kepada para peserta serta pengunjung sepanjang program berlangsung.
Program ini turut menyaksikan penyerahan Obor SUKMA daripada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) sebagai simbolik semangat perpaduan dan kesinambungan menjelang penganjuran SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026.
Semoga penglibatan IKSN dalam program seumpama ini terus memperkukuhkan semangat kesukanan, kerjasama strategik serta menyemarakkan sambutan temasya SUKMA 2026.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
