- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 27
HARI CUCI MALAYSIA IKSN 2026 SEMARAK BUDAYA KEBERSIHAN
KUALA LANGAT, 26 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menganjurkan Program Hari Cuci Malaysia Peringkat IKSN Tahun 2026 dengan penglibatan pegawai dan pelajar.
Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran warga IKSN terhadap kepentingan menjaga kebersihan, kelestarian alam sekitar serta mewujudkan persekitaran institut yang bersih dan kondusif.
Program dimulakan dengan perhimpunan di Padang Kawad IKSN, diikuti bacaan doa serta nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah.
Selepas sesi pemanasan badan, warga IKSN bersama-sama melaksanakan aktiviti plogging dan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar institut.
Aktiviti tersebut bukan sahaja menceriakan persekitaran IKSN, malah menggalakkan gaya hidup aktif menerusi aktiviti fizikal sambil menjaga kebersihan kawasan.
Program ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara pegawai dan pelajar serta memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama terhadap alam sekitar.
Penganjuran Hari Cuci Malaysia diharap dapat menyemai budaya menjaga kebersihan sebagai amalan berterusan dalam kalangan warga IKSN.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
