- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 39
PERARAKAN MAULIDUR RASUL IKSN 1448H SEMARAKKAN CINTA RASULULLAH SAW
KUALA LANGAT, 25 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah mengadakan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H yang melibatkan warga IKSN.
Perarakan bermula di Padang Kawad IKSN dengan penyertaan pegawai, kakitangan dan pelajar yang tampil mengenakan pakaian kebangsaan, baju kurung serta jubah.
Program ini diadakan bagi menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menghayati sirah dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Penganjuran turut menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, semangat kebersamaan dan nilai murni dalam kalangan warga IKSN selaras dengan tema “Bersama Rasulullah, Menjana Belia Berakhlak Mulia.”
Semoga sambutan ini terus menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta melahirkan warga IKSN yang berilmu, berakhlak dan berkeperibadian unggul.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
