IKSN SERTAI PROGRAM CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

    IKSN SERTAI PROGRAM CUCI MALAYSIA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

    BANTING, 26 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menyertai Kempen Cuci Malaysia – Program Pembersihan Mega Seluruh Negara Peringkat Kebangsaan sempena World Cleanup Day 2026 di Pasar Awam Banting, Kuala Langat.

    Program anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu merupakan sebahagian daripada gerakan pembersihan serentak di seluruh negara bagi menyemarakkan budaya kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

    IKSN diwakili 40 pelajar Semester 1 daripada Jabatan Teknologi Multimedia dan Jabatan Perkhidmatan Sukan bersama pelajar Latihan Industri (LI) CIAST, Encik Muhammad Nor Nizam Amin bin Buhari.

    Penyertaan pelajar turut diiringi Puan Rafidah Saat dan Puan Norshahima Isa, manakala Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKSN, Encik Bashirul bin Ismail hadir memberikan sokongan kepada peserta.

    Program berkenaan menghimpunkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan TVET, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.

    Antara institusi yang terlibat di Kuala Langat ialah Maahad Tahfiz, Politeknik Banting, IKSN, ADTEC JTM Kampus Kuala Langat dan Kolej Matrikulasi Selangor (KMS).

    Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk pembersihan kawasan pasar dan petak peniaga, penanaman pokok, pembersihan lokasi sampah haram serta Program EcoCash – Kumpul, Serah & Terima.

    Aktiviti Zumba dan pameran daripada pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan program serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

    Penglibatan dalam program ini memberi peluang kepada pelajar IKSN menerapkan nilai kesukarelawanan, kerja berpasukan, disiplin dan tanggungjawab sosial melalui pembelajaran di luar bilik kuliah.

    Penyertaan ini juga mencerminkan komitmen IKSN dalam melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja berkemahiran, malah mempunyai sahsiah, semangat kemasyarakatan dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.