HARI SUKAN IKSN MERIAHKAN PENUTUP MINGGU KKP 2026

    HARI SUKAN IKSN MERIAHKAN PENUTUP MINGGU KKP 2026

    KUALA LANGAT, 24 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menutup tirai Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) IKSN 2026 yang berlangsung pada 21 hingga 24 September 2026.

    Program bertemakan “Safety is Everyone’s Business – Care | Prevent | Protect” ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran warga IKSN terhadap kepentingan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja.

    Aktiviti hari keempat yang juga merupakan hari terakhir program dimeriahkan dengan Hari Sukan IKSN melibatkan penyertaan pegawai dan pelajar.

    Tiga acara sukan dipertandingkan iaitu futsal, badminton dan pickleball sebagai medium menggalakkan gaya hidup aktif serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga IKSN.

    Penganjuran Hari Sukan IKSN turut melengkapkan pengisian Minggu KKP IKSN 2026 yang menekankan aspek keselamatan, kecergasan dan kesejahteraan warga institusi.

    Program selama empat hari ini diharap dapat memperkukuh budaya kerja yang selamat dan sihat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dalam kehidupan seharian.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.