PUTRAJAYA - Seramai 20 pelajar IKSN menyertai Majlis Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2025 bersempena Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku di Dataran Putrajaya.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu diadakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada setiap 5 Disember.
Sambutan HKBM peringkat kebangsaan berlangsung pada 6 Disember manakala peringkat negeri pula diadakan serentak seluruh negara bagi menggerakkan penglibatan komuniti sukarelawan.
Program tersebut bertujuan menyediakan platform menghubungkan sukarelawan, NGO, agensi serta komuniti untuk bertukar idea dan pengalaman bagi memperkukuh jaringan kesukarelawanan.
Inisiatif itu turut menyasarkan pembentukan kesedaran masyarakat sekali gus menggalakkan penyertaan generasi muda dalam aktiviti sukarela melalui pendekatan lebih segar dan dekat dengan rakyat.
Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim yang turut menyaksikan pelbagai pengisian seperti explorace sukarelawan, persembahan buskers dan sesi storytelling.
Penglibatan pelajar IKSN dijangka memupuk nilai kesukarelawanan seterusnya memperkasa pembentukan pelapis kepimpinan negara melalui pengalaman sosial berimpak tinggi.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KBS
#ILKBS
#TVET Malaysia
#MalaysiaMadani
#RakanMudaMadani
