IKSN Adakan Lawatan Penanda Aras ke Perbadanan Stadium Malaysia

    IKSN Adakan Lawatan Penanda Aras ke Perbadanan Stadium Malaysia

    BUKIT JALIL - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) diketuai Pengarah, Ts. Mohd Azmi bin Pelah bersama wakil Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) mengadakan lawatan rasmi ke Perbadanan Stadium Malaysia bagi tujuan perkongsian ilmu serta penanda aras pengurusan penyelenggaraan rumput padang.

    Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada warga IKSN mengenai amalan terbaik dalam penyelenggaraan infrastruktur padang sukan bertaraf antarabangsa.

    Sesi berkenaan diteruskan dengan perbincangan bersama pihak pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia yang berkongsi maklumat berkaitan pengurusan operasi stadium serta kaedah penyelenggaraan fasiliti sukan.

    Delegasi IKSN kemudiannya dibawa melawat kawasan stadium termasuk padang utama serta kemudahan teknikal bagi melihat secara langsung penggunaan peralatan dan teknologi penyelenggaraan.

    Lawatan tersebut memberi pendedahan berharga kepada warga IKSN dalam memperkukuh aspek pengurusan Program Penyelenggaraan Rumput Padang melalui amalan pengurusan yang lebih sistematik dan profesional.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.