IKSN Perkukuh Kerjasama Program Intervensi Pengurusan Berat Badan

    IKSN Perkukuh Kerjasama Program Intervensi Pengurusan Berat Badan

    BANTING - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Wellness Hub Kuala Langat bagi memperkukuh kerjasama melalui Program Intervensi Pengurusan Berat Badan “I Fit and Eat Right” (IFitEr).

    Program tersebut diperkenalkan sebagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan gaya hidup sihat melalui pendekatan pemakanan seimbang serta aktiviti fizikal berterusan.

    Selain itu, program IFitEr turut memberi fokus membantu kakitangan mengurus berat badan secara lebih sistematik melalui panduan pemakanan, pemantauan kesihatan serta aktiviti kecergasan yang dirancang.

    Kerjasama antara IKSN dan Wellness Hub Kuala Langat ini dijangka menjadi platform sokongan berkesan dalam membentuk budaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan.

    Usaha berkenaan diharap mampu melahirkan warga kerja yang lebih cergas, produktif dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi pembangunan kesejahteraan institusi.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.