Program Memasak Bubur Lambuk IKSN

    Program Memasak Bubur Lambuk IKSN

    BANTING - Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan 1447H, Kelab KEKAL Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) bersama Cawangan Hal Ehwal Pelajar IKSN (HEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar IKSN (MPP) mengambil inisatif menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk semalam bertempat di Garaj Parkir Jabatan Teknologi Awam.

    Program ini menepati objektif dengan mewujudkan rasa tanggungjawab dan bekerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim semasa warga IKSN.

    Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, turut menyertai kakitangan dan pelajar memasak bubur lambuk pada program tersebut.

    Bubur lambuk yang dimasak diagihkan kepada sebahagian kakitangan, pelajar dan pekerja am IKSN.

    Program ini turut meraikan pegawai dan kakitangan berbangsa cina yang menyambut Tahun Baru Cina.

    Penganjur menzahirkan rasa penghargaan kepada pihak pengurusan dan semua pihak yang menyumbang dalam apa jua bentuk hingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.