- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 152
IKSN Anjur Program Singgah Sahur Hargai Frontliner
BANTING - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menganjurkan Program Singgah Sahur IKSN Bersama Frontliner bagi menyantuni barisan hadapan sekitar Banting sempena Ramadan.
Program yang berlangsung dari jam 1 pagi hingga 2.30 pagi itu melibatkan kakitangan IKSN khususnya Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah bersama barisan kepimpinan tertinggi juga mengambil bahagian dalam proses penyediaan juadah sahur serta menyantuni barisan urusetia program.
Delegasi program bergerak mengunjungi beberapa lokasi utama termasuk Hospital Banting, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Balai Bomba dan Penyelamat Banting serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Banting.
Inisiatif berkenaan bertujuan menyampaikan juadah sahur kepada petugas bertugas malam sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Program tersebut turut mengeratkan hubungan antara warga institusi pendidikan TVET dengan agensi barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat tanpa mengira masa.
Penganjuran aktiviti kebajikan seperti ini diharap dapat menyemai nilai empati, kesukarelawanan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga IKSN dan pelajar.
Program Singgah Sahur itu juga menjadi platform mendidik pelajar menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang terus menjalankan amanah walaupun ketika masyarakat sedang berehat.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
