- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 146
IKSN Terima Lawatan Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015
BANTING - Institut Kemahiran Sukan Negara menerima Lawatan Audit Pemantauan Kali Pertama Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh wakil Sirim Qas International Sdn. Bhd., En. Tajul Arrifin.
Lawatan audit selama dua hari bermula semalam itu bertujuan menilai tahap pematuhan sistem pengurusan kualiti yang dilaksanakan di institut.
MS ISO 9001:2015 merupakan standard antarabangsa bagi Sistem Pengurusan Kualiti yang menekankan kecekapan proses kerja, kepuasan pelanggan serta amalan penambahbaikan berterusan.
Sepanjang audit dijalankan, pasukan penilai turut melaksanakan semakan dokumen, pemeriksaan kemudahan fizikal, lawatan bengkel serta sesi temu bual bersama kakitangan institut.
Hasil penilaian mendapati IKSN berjaya mengekalkan pensijilan pada tahap cemerlang sekali gus membuktikan komitmen berterusan institut dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang berkesan.
Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin kepada seluruh warga IKSN untuk terus memperkukuh budaya kerja berkualiti demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan profesional.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
