Program Ihya Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran IKSN

    Program Ihya Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran IKSN

    BANTING - Program Ihya Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran IKSN 1447H berlangsung meriah di Surau Al-Imam Asy-Syafie dengan penyertaan warga Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN).

    Program berjalan lancar diketuai Pengarah IKSN, YBrs. Ts. Mohd Azmi bin Pelah, yang menyempurnakan perjalanan majlis.

    Pengisian awal dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna, zikir dan selawat, diikuti majlis khatam al-Quran serta doa sebagai pengisian rohani sempena Ramadan.

    Majlis diteruskan dengan ceramah Ramadan bertajuk “Rindu di Hujung Jalan” yang disampaikan oleh pendakwah selebriti Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan.

    Ceramah berkenaan menekankan kepentingan memperkukuh hubungan dengan Allah SWT melalui ibadah, muhasabah diri serta memanfaatkan bulan Ramadan sebagai medan meningkatkan ketakwaan.

    Dalam ucapan perasmian pula, Pengarah berkata program seumpama itu menjadi platform memperkukuh nilai kerohanian dalam kalangan warga IKSN selain mengeratkan ukhuwah komuniti kampus.

    “Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ruang terbaik untuk memperbaiki diri serta memperbanyakkan amalan yang mendekatkan kita kepada Allah,” katanya.

    Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada penceramah sebelum diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga institut.

    Program yang berakhir sekitar 12.30 tengah hari itu berjaya menghimpunkan warga IKSN dalam suasana penuh penghayatan Ramadan serta semangat kebersamaan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.