BANTING - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mengadakan majlis penyerahan bendera kontinjen sempena penyertaan ke Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026 di IKTBN Chembong.
Majlis disempurnakan Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, menerusi simbolik penyerahan kepada ketua kontinjen, Puan Zuraidah binti Yusoff.
Program berkenaan menghimpunkan kakitangan serta pelajar IKSN sebagai tanda sokongan moral kepada atlet yang bakal membawa cabaran institusi pada kejohanan berprestij tersebut.
Seramai 54 pelajar IKSN dipilih mewakili kontinjen dalam beberapa acara utama termasuk Bola Sepak 9 Sebelah, Badminton, Sepak Takraw dan Bola Tampar.
Kontinjen IKSN turut menyertai acara Ten Pin Boling, Bola Baling serta Motor Sport Go-Kart bagi memperkukuhkan pencapaian keseluruhan kejohanan tahun ini.
Pengarah IKSN berharap agar semua atlet dapat mempamerkan prestasi terbaik sekali gus mengharumkan nama IKSN sepanjang kejohanan berlangsung di IKTBN Chembong nanti.
Pengarah IKSN berharap agar semua atlet dapat mempamerkan prestasi terbaik sekali gus mengharumkan nama IKSN sepanjang kejohanan berlangsung di IKTBN Chembong nanti.
Semangat, disiplin dan jiwa juang jadi taruhan buat semua atlet IKSN demi mengharumkan nama institut.
Kami hadir bukan sekadar bertanding, tapi hadir untuk membuktikan kemampuan sebenar wira & wirawati IKSN!
All the best Team IKSN, fight sampai wisel penamat!
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
