Kem Perdana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Peringkat Zon Tengah

    Kem Perdana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Peringkat Zon Tengah

    APBM Batu Gajah - Program Kem Perdana MPP Peringkat Zon Tengah yang berlangsung selama empat hari bermula 5 hingga 7 Mei 2026 bertempat di APBM Batu Gajah. IKBN PERETAK merupakan tuan rumah bagi program ini.

    Program ini telah menghimpunkan seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada wakil Majlis Perwakilan Pelajar dari IKBN Kinarut, IKBN Peretak, IKSN, IKTBN Sepang dan IKTBN Dusun Tua.

    Penganjuran kem ini bertujuan untuk memperkukuhkan kepimpinan pelajar, meningkatkan semangat kerjasama berpasukan serta membentuk jati diri dan kemahiran komunikasi dalam kalangan ahli MPP. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program termasuk latihan kepimpinan, aktiviti berkumpulan, sesi motivasi dan riadah yang mampu memupuk semangat perpaduan serta hubungan erat antara institusi.

    Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Peretak yang turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan urus setia atas komitmen serta penglibatan aktif sepanjang program berlangsung.

    Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan barisan pemimpin pelajar yang lebih berdaya saing, berdisiplin dan mampu menjadi contoh kepada warga institusi masing-masing.

    Secara keseluruhannya, Program Kem Perdana MPP Peringkat Zon Tengah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberikan pengalaman berharga kepada semua peserta yang terlibat.

    #TeamIKSN
    #TeamKBS
    #TVETILKBS
    #MalaysiaMadani
    #ProfesionalTerunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.