- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 23
IKSN Kongsi Kepakaran di Persidangan Dasar & Penyelidikan Perak 2026
IPOH - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kementerian Belia dan Sukan, telah menyumbang kepakaran dalam bidang penyelidikan dan transformasi digital menerusi penyertaan dalam Persidangan Dasar & Penyelidikan Perak (PPRC) 2026 yang berlangsung di Casuarina Convention Centre, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak.
Persidangan ini dianjurkan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan antara penyelidikan, dialog strategik dan pembangunan dasar berasaskan bukti sejajar dengan aspirasi “Perak Sejahtera 2030”.
PPRC 2026 membawa tema “Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina” serta memberi penekanan kepada keperluan merangka dasar dan strategi pembangunan yang lebih responsif, inklusif, mampan dan benar-benar memberi impak kepada rakyat.
IKSN diwakili oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi Bin Mohd Fuzi melalui pameran poster penyelidikan bertajuk “ BIMCheck Pro
: Platform e-Profiling TVET ke arah memacu pendigitalan PBT di Perak” yang telah dibentangkan di hadapan YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, sekali gus meletakkan sumbangan IKSN dalam perbincangan berkaitan pembangunan negeri, pemerkasaan TVET dan transformasi digital sektor awam.
Dari sudut objektif, pembentangan ini memberi fokus kepada penilaian kesesuaian BIMCheck Pro
sebagai platform TVET melalui e-profiling kompetensi BIM e-Submission untuk PBT di Negeri Perak, menunjukkan penggunaan lima domain kompetensi sebagai asas penyeragaman latihan dan pengukuran kesiapsiagaan pegawai teknikal, serta mencadangkan model pelaksanaan rintis yang praktikal dan selari dengan agenda pendigitalan negeri.
Penyertaan ini sekaligus menegaskan komitmen berterusan IKSN dalam memperkasa TVET dan memacu pembangunan negara melalui ilmu, inovasi dan amalan terbaik.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
