IKSN Cemerlang dengan Pingat Emas i-GEN 2026

    IKSN Cemerlang dengan Pingat Emas i-GEN 2026

    Alor Setar - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) melakar satu lagi kejayaan membanggakan apabila berjaya merangkul Pingat Emas dalam kategori Profesional (Pengajar) sempena i-GEN 2026 (Innovation Generation Competition & Exhibition), sebuah platform pertandingan inovasi anjuran Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar.

    Acara ini menghimpunkan penyertaan pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta golongan profesional di peringkat nasional dan Antarabangsa dan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, DIMP., SDK., AMK., AMN., BСК.

    Kejayaan tersebut dicapai menerusi penyertaan projek inovasi bertajuk BIM Auto-Checking e-Profiling SystemTM (BIMCheck ProTM) yang diketuai oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi Bin Mohd Fuzi, mewakili Jabatan Teknologi Awam IKSN.

    Dari sudut tema pertandingan, penganjuran tahun ini memfokuskan tiga kluster utama iaitu AI & Smart Technology Innovation, Creative & Product Innovation, serta Sustainable & Environmental Innovation.

    Selaras dengan aspirasi tersebut, BIMCheck ProTM dibangunkan sebagai platform digital pintar yang memfokuskan kepada analisis keperluan latihan, pemprofilan kompetensi dan pengesahan kecekapan teknikal secara lebih sistematik, pantas dan efisien.

    Penganugerahan pingat emas ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap komitmen IKSN dalam memperkasa budaya inovasi, penyelidikan gunaan dan kecemerlangan TVET di ILKBS.

    Lebih signifikan, kejayaan ini menyerlahkan keupayaan warga pengajar IKSN untuk menghasilkan inovasi yang seiring dengan fokus i-GEN 2026 terhadap teknologi pintar, kreativiti produk dan kelestarian, sekali gus mendukung aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan modal insan berkemahiran, progresif dan berdaya saing.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.