BANTING - Institut Kemahiran Sukan Negara menganjurkan Program Sekampung Iftar dan Moreh IKSN 2026 bagi menghimpunkan warga institut dalam suasana ukhuwah Ramadan.
Program berlangsung bermula jam 6 petang hingga 11 malam di Gelanggang Sukan IKSN dengan penyertaan kakitangan serta pelajar.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah yang bersama-sama warga institut menikmati juadah iftar dalam suasana penuh mesra.
Pengisian program dimulakan dengan iftar perdana sebelum semua peserta menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama kakitangan serta pelajar.
Selepas itu program diteruskan dengan solat sunat Tarawih diikuti sesi moreh yang memberi peluang warga institut beramah mesra dalam suasana santai.
Jamuan yang disediakan pula dilaksanakan secara juadah bawaan atau potluck melibatkan kakitangan bagi memupuk semangat kerjasama dan kekeluargaan warga IKSN.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
