IKSN DINOBAT JOHAN BIDANG ICT DENGAN KEJAYAAN BERGANDA DI iDEA’26

    IKSN DINOBAT JOHAN BIDANG ICT DENGAN KEJAYAAN BERGANDA DI iDEA’26

    Temerloh, 17 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kementerian Belia dan Sukan, terus mengukuhkan reputasi sebagai institusi TVET berinovasi tinggi apabila mencatat kejayaan membanggakan dalam Innovation Development Through Educational Activities 2026 (iDEA’26) yang berlangsung pada 16 hingga 17 Ogos 2026 di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang.

    Kejayaan utama IKSN diterajui oleh projek BIM Auto-Checking e-Profiling SystemTM (BIMCheck ProTM)telah berjaya meraih Pingat Emas sekaligus dinobatkan sebagai Johan Bidang Teknologi Maklumat Dan Telekomunikasi bagi kategori pelajar IPT dan ILK. Kemenangan tersebut turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00, trofi, pingat dan sijil penghargaan.

    Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari, Menteri Belia dan Sukan kepada Pengarah IKSN, YBrs. Ts. Mohd Azmi Bin Pelah, sebagai simbol pengiktirafan rasmi terhadap pencapaian IKSN dalam memperkasakan budaya inovasi, teknologi digital dan kecemerlangan TVET di peringkat kebangsaan.

    Pasukan BIMCheck ProTM diwakili oleh Nayli Shazwina Iyazi Binti Abdul Muhaimin, Khairun Yasirah Binti Hawalit dan Saidatul Adriana Binti Khairul Nizam, dengan bimbingan penyelia projek, Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi.

    Selain kejayaan utama tersebut, IKSN turut mencatat pencapaian cemerlang menerusi projek Bio-Structured Oil Absorbent (BSOA) yang berjaya meraih Pingat Emas. Projek ini diselia oleh Ts. Muzri Affandi Bin Jamaluddin dan diwakili oleh Muhamad Nabil Bin Muhammad Shahrizal, Nurul Miza Safirah Binti Mohamad Shah dan Rifdi Ashraf Bin Mohd Nor Azam.

    Kejayaan Pingat Emas seterusnya diraih melalui projek Aplikasi E-Pembelajaran Interaktif Menggunakan Articulate 360. Projek ini diselia oleh Puan Norshahima binti Isa dan diwakili oleh Nur Aina Najwa binti Nordin serta Muhammad Arif bin Nor Azman. Pencapaian ini membuktikan keupayaan warga IKSN dalam menghasilkan inovasi pembelajaran digital yang menyokong pendekatan pengajaran interaktif, fleksibel dan selari dengan keperluan pendidikan teknikal masa kini.

    IKSN juga berjaya memperoleh Perak melalui projek Client Information Massage Sistem (CIMS). Projek ini diwakili oleh Ahmad Nadzreen Syazwan, Ku Amaar Farrish bin Ku Zairulrizam dan Nur Nazzatul Husna binti Basiran, dengan bimbingan penyelia projek Puan Rafidah binti Saat.

    Secara keseluruhan, kejayaan IKSN di iDEA’26 merangkumi satu pencapaian Johan Bidang Teknologi Maklumat & Telekomunikasi, tiga Pingat Emas dan satu Pingat Perak.

    Pencapaian ini mencerminkan kekuatan ekosistem inovasi IKSN yang tidak hanya tertumpu kepada satu bidang, malah merentasi pembangunan sistem digital, teknologi pembelajaran, penyelesaian alam sekitar dan pengurusan maklumat pelanggan.

    Dengan pencapaian berganda ini, IKSN terus membuktikan bahawa institusi kemahiran negara mampu berdiri sebagai peneraju inovasi TVET yang progresif, relevan dan berimpak tinggi dalam landskap pendidikan serta pembangunan kemahiran masa hadapan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.