IKSN, Matt Senam Jalin Kerjasama Perkasa Terapi Sukan

    IKSN, Matt Senam Jalin Kerjasama Perkasa Terapi Sukan

    Kuala Langat - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menerima kunjungan hormat daripada syarikat Matt Senam Meridian Physiotherapy Centre (M) Sdn. Bhd bagi membincangkan peluang kerjasama strategik.

    Lawatan diketuai Pengarah Urusan syarikat, Dr. Mohd Ridzuan Bainan Hadi bersama Puan Normila binti Osman serta dua pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang menjalani latihan praktikal.

    Antara cadangan kerjasama dibincangkan termasuk penempatan latihan industri pelajar Terapi Sukan, pensijilan SKM dan DKM melalui kaedah PPT serta perkongsian kepakaran profesional.

    Delegasi syarikat turut dibawa melawat Bengkel Terapi Sukan sebelum taklimat program disampaikan oleh Encik Mohd Shahmil bin Mazeli kepada para pelawat.

    Mesyuarat rasmi kemudiannya dipengerusikan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKSN, Encik Bashirul bin Ismail dengan pembentangan cadangan kerjasama IKSN-Matt Senam oleh Encik Mohamad Ali Ahamed.

    Dr. Mohd Ridzuan turut berkongsi pengalaman luas beliau sebagai Professional Masseur termasuk penglibatan dalam pengendalian terapi atlet sukan di Malaysia sebelum ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.