IKSN PERKASA PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PELAJAR

    IKSN PERKASA PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PELAJAR

    Banting - Cawangan Pengajian Umum telah menganjurkan program English Empowerment Initiatives (Siri 1) sebagai salah satu inisiatif memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, komunikatif dan menyeronokkan.

    Sepanjang program, para pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti Ice-breaking  Universal Language Game melalui "We Speak the Same Language!", diikuti Speaking Activity menerusi "Find Someone Who..." serta Reading Activity melalui "Reading Puzzle". Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran mendengar, bertutur dan membaca dalam suasana pembelajaran yang aktif serta kolaboratif.

    Di sini, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah Pn Zuraishah binti Zukri, urusetia Pn Ameera Hafiza Binti Abdul Hamid dan para pelajar yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang program berlangsung. Diharapkan inisiatif seperti ini akan diteruskan bagi melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten dalam bidang kemahiran, malah mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik untuk berkomunikasi dengan yakin serta mampu bersaing dalam dunia kerjaya.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #Team IKSN
    #Team KBS
    #TVET ILKBS
    #EnglishEmpowermentInitiatives
    #CommunicationSkills
    #Malaysia Madani
    #Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.