IKSN RAIH PERAK BAGI KATEGORI PROFESIONAL DI MIIEX 2026

    IKSN RAIH PERAK BAGI KATEGORI PROFESIONAL DI MIIEX 2026

    Alor Gajah - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kementerian Belia dan Sukan, terus mencatat pencapaian membanggakan apabila projek inovasi BIMCheck Pro™ berjaya merangkul Anugerah Perak dalam Melaka International Intellectual Exposition 2026 (MIIEx 2026) yang berlangsung pada 24 hingga 25 Jun 2026.

    Ekspo bertemakan “Inclusive Digital Futures” itu diadakan secara hibrid di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, Melaka dan menghimpunkan penyertaan inovasi daripada pelbagai latar belakang, termasuk penyelidik, ahli akademik, pelajar, profesional industri, penjawat awam, usahawan serta inovator tempatan dan antarabangsa.

    Pencapaian IKSN diraih menerusi projek yang didaftarkan dengan kod penyertaan A910 di bawah Track Innovation dan Category Professional bersama pasukan yang terdiri daripada YBrs. Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi, Rashid Azrai bin Rastamajis, Amerull Zaihiril Edham bin Ab Wahab dan Muhammad Fariz Najmi bin Fauzi.

    MIIEx 2026 merupakan platform inovasi antarabangsa yang memberi tumpuan kepada pembangunan idea, teknologi dan penyelesaian kreatif yang mampu menyumbang kepada masa depan digital yang lebih inklusif. 

    Program ini turut menampilkan lima kategori utama, iaitu Innovation, Invention, Design, Inclusive Digital Futures dan Business Idea Pitching, dengan pelbagai anugerah disediakan kepada peserta yang menunjukkan keupayaan inovasi dan nilai impak yang tinggi.

    Kejayaan memperoleh Anugerah Perak ini membuktikan keupayaan warga IKSN untuk bersaing dalam ekosistem inovasi profesional di peringkat antarabangsa. 

    Pencapaian tersebut turut menegaskan komitmen IKSN dalam memperkasa budaya inovasi digital, pembangunan sistem, dan penggunaan teknologi sebagai pemangkin kepada kecemerlangan organisasi.

    Pengiktirafan ini bukan sahaja mengangkat nama IKSN dan Kementerian Belia dan Sukan, malah memperlihatkan potensi institusi kemahiran negara dalam menghasilkan penyelesaian inovatif yang relevan dengan keperluan semasa serta selari dengan agenda transformasi digital inklusif.

    🌐 Laman Web MIIEx 2026:
    [https://sites.google.com/view/miiex2026/home?authuser=0]

    📎 Keputusan Rasmi MIIEx 2026:
    [https://script.google.com/macros/s/AKfycbxWoCBK2_jdFA9-1FqbGDoDkvjVeBR3qI5kfCu6ms06Z-0prnGWiuLWCoAGgdA2wKE8/exec]

    🎥 Majlis Penutup MIIEx 2026:
    [https://www.youtube.com/watch?v=sadNUM9irCk)

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #IKSN
    #KBS
    #ILKBS
    #TVETMalaysia
    #MalaysiaMadani

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.