IKSN PERKASA TVET SUKAN PERMOTORAN MELALUI PEMURNIAN NOSS MOTORSPORTS 2 RODA

    IKSN PERKASA TVET SUKAN PERMOTORAN MELALUI PEMURNIAN NOSS MOTORSPORTS 2 RODA

    BERANANG, - Sesi semakan dan pemurnian National Occupational Skills Standard (NOSS) bagi Program TP-119-4:2015: Motorsports Engineering (2 Wheels) telah berjaya dilaksanakan di HBC Horizon Beranang Circuit. Hasil semakan tersebut telah diperakukan oleh Bahagian Standard Pekerjaan dan Kurikulum (BSPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk dibawa ke peringkat akhir sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2026 di sekitar Lembah Klang.

    Pembentangan yang telah dilaksanakan sebelum ini menerima maklum balas positif daripada pihak berkepentingan kerana kandungan serta objektif yang disampaikan bersifat holistik dan selari dengan keperluan industri semasa. Selain itu, pelbagai cadangan penambahbaikan turut dimuktamadkan bersama wakil industri sukan permotoran dua roda yang merangkumi pelbagai segmen, termasuk perlumbaan Cub Prix, Moto Mini dan MotoGP. Antara industri yang terlibat ialah RCB Racing Team serta beberapa pemain utama dalam sektor sukan permotoran negara.

    Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah diberi mandat melalui Nota Jemaah Menteri (NJM) untuk melaksanakan program latihan baharu dalam sektor automotif dua roda di bawah bidang Teknologi Sukan Permotoran. Sehubungan itu, IKSN mendapati bahawa Standard Latihan Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) TP-119-4:2015: Motorsports Engineering (2 Wheels) perlu dikaji semula memandangkan standard tersebut telah diterbitkan pada tahun 2015 dan belum pernah melalui proses semakan walaupun berlaku perubahan ketara dari segi teknologi, kaedah kerja serta kompetensi yang diperlukan oleh industri.

    Kajian semula ini dilihat penting bagi memastikan kandungan latihan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa industri, sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dalam bidang sukan permotoran.

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua panel pemohon industri, panel penilai industri serta wakil institut yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan pembangunan TVET, khususnya dalam bidang sukan permotoran dua roda.

    Panel Pembangun NOSS daripada Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) diwakili oleh Ts. Muzri Affandi bin Jamaluddin dan Encik Hashim bin Ibrahim.

    Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini dapat terus memperkasakan agenda TVET negara serta menyumbang kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi demi kemajuan Malaysia MADANI.

    #IKSN
    #TeamKBS
    #TeknologiSukanPermotoran
    #Motorsports
    #TVETILKBS
    #ProfessionalTerunggul
    #MalaysiaMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.