PROGRAM IMARAH TAHUN BAHARU HIJRAH PERKUKUH UKHUWAH WARGA IKSN

    PROGRAM IMARAH TAHUN BAHARU HIJRAH PERKUKUH UKHUWAH WARGA IKSN

    BANTING -  Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menganjurkan Program Imarah Tahun Baharu 1448 Hijrah di Surau Al-Imam As-Syafie bagi mengimarahkan sambutan awal tahun Hijrah dalam kalangan warga institusi.

    Program yang berlangsung dari jam 7 malam hingga 9 malam itu melibatkan penyertaan pelajar dan kakitangan IKSN melalui pelbagai pengisian kerohanian termasuk bacaan doa akhir tahun, solat berjemaah, bacaan Yasin, tahlil, tazkirah Hijrah serta sesi gema selawat.

    Penganjuran program tersebut bertujuan menghidupkan fungsi surau sebagai pusat ibadah, memperkukuh ilmu, mengeratkan ukhuwah serta menggalakkan amalan sunat dalam kehidupan harian warga kampus.

    Program berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan dengan penyertaan aktif peserta yang turut menyumbang kepada pengukuhan semangat silaturahim serta nilai kebersamaan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI 

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.