MIFF 2026 Beri Inspirasi Industri Perabot Antarabangsa Kepada Pelajar IKSN

    MIFF 2026 Beri Inspirasi Industri Perabot Antarabangsa Kepada Pelajar IKSN

    KUALA LUMPUR - Pelajar dan pengajar Teknologi Pembuatan Perabot Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) berpeluang menghadiri Malaysian International Furniture Fair (MIFF 2026) bagi melihat perkembangan industri perabot antarabangsa.

    Pameran berprestij itu berlangsung di dua lokasi dengan 17 dewan pameran yang menampilkan pelbagai rekaan moden dan inovatif daripada pengusaha perabot tempatan serta antarabangsa.

    Antara tarikan utama pameran ialah pelbagai produk kreatif seperti kabinet bergaya kontemporari, set bilik tidur elegan serta pelbagai rekaan perabot yang menonjolkan kualiti dan inovasi terkini.

    Lawatan tersebut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai trend semasa industri perabot, selain membuka peluang berinteraksi dengan pengusaha serta pemain industri dari pelbagai negara.

    Selain itu, pengalaman berkenaan turut memberi inspirasi kepada pelajar dalam menghasilkan projek akademik yang lebih kreatif serta memahami keperluan sebenar pasaran global.

    MIFF 2026 sekali lagi membuktikan Malaysia terus menjadi antara pusat penting industri perabot dunia sambil memberi pengalaman pembelajaran berharga kepada generasi pelajar TVET.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.