IKSN Prihatin Kebajikan Pelajar, Ziarah Nayli Syazwina di Hospital

    IKSN Prihatin Kebajikan Pelajar, Ziarah Nayli Syazwina di Hospital

    SHAH ALAM - Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Pn. Zuraidah binti Yusoff bersama warden serta pegawai HEP IKSN menyantuni pelajar yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru sejak Jumaat lalu.

    Pelajar terbabit, Nayli Syazwina Iyazi binti Abdul Muhaimin, mengikuti kursus THD semester tiga dan kini menerima rawatan di KPJ Shah Alam selepas dimasukkan ke wad pada 17 April 2026.

    Lawatan tersebut bertujuan memastikan keadaan kesihatan pelajar berada dalam pemantauan rapi selain memberi sokongan moral sepanjang tempoh rawatan di hospital.

    Pihak IKSN sentiasa komited menjaga kebajikan pelajar dengan mengambil tindakan segera serta memastikan setiap pelajar mendapat perhatian sewajarnya ketika menghadapi sebarang masalah kesihatan.

    Teruskan berjuang dan kekal positif, seluruh warga IKSN sentiasa mendoakan kesihatan serta menunggu kepulangan anda ke kampus🤗
    Syafakillah saudari Nayli 🤲🏻
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.