- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 4
Tanamera Track Day Perkukuh Kemahiran Pelajar Motorsports IKSN
SUNGAI BULOH - Program Tanamera Track Day berjaya dilaksanakan sebagai platform latihan praktikal kepada pelajar motorsports Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) dalam suasana kerja sebenar perlumbaan.
Acara tahunan anjuran Saladin Rallying yang diketuai Encik Saladin bin Dato’ Mazlan itu menghimpunkan pelbagai jentera bagi menguji kecekapan teknikal peserta.
Seramai 11 pelajar krew perlumbaan IKSN terlibat bersama tenaga pengajar dan pakar bidang dalam mengendalikan operasi serta penyelenggaraan jentera di litar.
Antara jentera terlibat termasuk Mitsubishi Lancer Evolution, Subaru Impreza serta Proton Satria Neo yang memberi pengalaman langsung kepada pelajar.
Program ini bertujuan memenuhi keperluan latihan competency unit dalam silibus motorsports melalui pendedahan kerja sebenar di lapangan.
Pihak penganjur menyifatkan program ini berjaya mencapai objektif dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan bersedia memenuhi kehendak industri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
