- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 30
PASUKAN DRONE SOCCER IKSN RAIH NAIB JOHAN DI MY AERO CHALLENGE 2026
SERDANG - Pasukan Drone Soccer Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) “Black Barrier” berjaya mendapat tempat ke-2 pada Pertandingan TVET Drone Soccer League 2026 Series 2, sempena My Aero Challenge 2026 yang diadakan di MAEPS Serdang.
Program berteraskan aero angkasa tersebut telah disempurnakan pelancarannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berikut merupakan pencapaian pasukan-pasukan Drone Soccer IKSN pada pertandingan kali ini.
IKSN Black Barrier 1 (Tempat Ke-2)
Striker : Muhammad Norman Hasyrique Bin Lokman
Defender : Alif Faizuddin Bin Mohd Zaidi
Pasukan Black Barrier 1 juga turut mendapat anugerah khas ‘Best Defender’ yang dimenangi oleh pertahanan kental, Alif Faizuddin Bin Mohd Zaidi.
Sebuah lagi pasukan iaitu IKSN Black Barrier 2 yang dianggotai oleh striker , Muhammad Afiq Bin Hamdan
& defender, Moganemathiy a/l Ponnuthurai turut berjaya mengharungi cabaran kali ini namun tiada pingat berjaya dibawa ke pangkuan IKSN.
Kedua-dua pasukan IKSN ini telah dilatih oleh pengajar bidang Multimedia Interaktif, Puan Nor Azlin Binti Sumiran, Encik Azmadi bin Talib dan pengajar bidang Fotografi, Encik Mohd Hatim Bin Mazlan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
