Skudai - IKSN sekali lagi mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila pasukannya berjaya merangkul Anugerah Perak dalam International Innovation Competition in Education (IICE 2026), yang berlangsung sebagai sebahagian daripada International Innovative Science and Mathematics Education Festival (FIISME 2026).
Festival bertemakan “Innovation: Igniting Minds, Transforming Futures” itu telah diadakan pada 24 hingga 25 Jun 2026 dengan penglibatan komuniti pendidikan, pengamal STEM, penyelidik, pelajar dan peminat inovasi pendidikan.
FIISME 2026 dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor (PPSMJ) dengan kerjasama Faculty of Educational Sciences and Technology (FEST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pasukan IKSN yang terdiri daripada YBrs. Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi, Rashid Azrai bin Rastamajis, Amerull Zaihiril Edham bin Ab Wahab dan Muhamad Fariz Najmi bin Fauzi menerima pengiktirafan tersebut atas pencapaian mereka dalam pertandingan inovasi pendidikan antarabangsa berkenaan.
IICE 2026 merupakan salah satu program utama FIISME 2026 yang memberi ruang kepada pendidik, penyelidik dan pelajar untuk mengetengahkan inovasi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan semasa pendidikan.
Pertandingan ini merangkumi beberapa kategori utama, termasuk Digital & Technological Education, Innovative Teaching and Learning, School Management and Policies, serta Community-Based & Service Learning.
Kejayaan pasukan IKSN meraih Anugerah Perak ini membuktikan keupayaan warga institusi tersebut untuk bersaing dalam platform inovasi pendidikan antarabangsa. Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat nama IKSN, malah memperlihatkan komitmen institusi dalam memperkasa budaya kreativiti, inovasi dan penerokaan idea baharu dalam pendidikan.
Pengiktirafan ini juga menjadi bukti bahawa warga IKSN mampu menyumbang secara signifikan dalam landskap inovasi pendidikan, khususnya melalui penyertaan aktif dalam program antarabangsa yang menghimpunkan kepakaran, amalan terbaik dan idea transformasi daripada pelbagai latar pendidikan.
🌐 Laman Web FIISME 2026:
[https://cdex-apps.utm.my/fiisme2026/index.php)
🎥 Majlis Penutup IICE 2026:
[https://www.facebook.com/festutm/?locale=ms_MY)
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#IKSN
#KBS
#ILKBS
#TVETMalaysia
#MalaysiaMadani
