- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 30
KURSUS PEMBUATAN ITEM DEKORASI MENGGUNAKAN TEKNOLOGI LASER CUTTING DI IKSN
Banting - Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pembuatan Item Dekorasi Menggunakan Teknologi Laser Cutting bertempat di Bengkel Teknologi Hiasan Dalaman, Institut Kemahiran Sukan negara (IKSN) melibatkan penyertaan 20 orang belia dari institusi-institusi seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula 22 Jun 2026 tersebut merupakan salah satu kursus yang dianjurkan IKSN di bawah Program Future Youth Skills tahun 2026 dalam usaha memperkasa belia menerusi pelaksanaan kursus jangka pendek dengan menggunakan Peralatan, kemudahan, bahan guna habis dan kepakaran tenaga pengajar IKSN.
Dalam kursus tersebut, para peserta telah didedahkan dengan ilmu dan kemahiran dalam menghasilkan produk dekorasi menggunakan teknologi laser cutting. Antara pengisian utama dalam kursus tersebut adalah pendedahan secara teori dan praktikal dalam pembangunan grafik menggunakan perisian AutoCAD, proses pemotongan produk menggunakan mesin laser dan penghasilan item dekorasi merangkumi proses pemasangan dan kemasan. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diberi peluang mencuba dan melaksana semua proses yang terlibat dengan bimbingan tenaga pengajar sehingga terhasilnya sebuah produk dekorasi yang baik.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut khususnya barisan tenaga pengajar dari Bahagian Teknologi Hiasan Dalaman iaitu Encik Rashid Azrai Bin Rastamajis, Encik Amerull Zaihiril Edham Bin Ab Wahab dan Encik Muhammad Fariz Najmi Bin Fauzi. Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada Encik Abdul Baqi Bin Mohamad Subri dari Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah Selangor serta Cik Nordiana Binti Amizan dan Puan Intan Nurshafizad Binti Mohd Razli dari Asrama Bahagian Kuala Lumpur selaku pegawai pengiring peserta atas kerjasama dan penglibatan dalam memastikan kursus ini berjalan dengan lancar dan tamat dengan jayanya.
Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi para peserta dalam kursus tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi meningkatkan kualiti hidup di masa hadapan sama ada menerusi peluang pendidikan lebih tinggi mahupun kerjaya yang lebih baik.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#Team IKSN
#Team KBS
#TVET ILKBS
#Malaysia Madani
#Profesional Terunggul
